Monday, February 2, 2009
KUIH KASUI
Sumber: Ayu (FRD)
BAHAN-BAHAN:
240 gm gula merah + 500 ml air
120 gm tepung beras
60 gm tepung ubi
60 gm tepung gandum
250 ml air
2 sudu teh air kapur cair
BAHAN LAIN: (DIGAUL)
200 gm kelapa parut
½ sudu teh garam
CARA-CARA:
1. Gula merah dimasak dengan air sehingga larut.. Tapiskan.. Biarkan sejuk..
2. Masukkan air gula merah tadi, kesemua jenis tepung dan air ke dalam blender dan blend hingga sebati.. Tapiskan..
3. Tuang ke dalam loyang atau acuan kecil yang telah dilengser dengan minyak terlebih dahulu (Ayu guna loyang berukuran 20 cm)..
4. Kukus hingga masak..5. Setelah kuih sejuk, barulah dipotong..6. Hidangkan dengan kelapa parut..
Monday, January 12, 2009
PLAIN BUTTER CAKE
Sumber : Resipi Diana (Bebop)
bahan A
250g butter
200g gula
210g tepung gandum } maklang guna self raising flour
1sudu teh baking powder }
Bahan B
5 biji telur
Cara
Tuang kesemua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati. Selepas itu, masukkan bahan B perlahan-lahan. Putar selama 4-5 minit. Putar sehingga adunan lembut dan tidak berbintil2. Tuang adunan dalam acuan 9", bakar 160 C selama 50-6- minit atau uji dengan lidi dengan cucuk di bhg tengah kek. Satu nasihat untuk mendapat kek butter yg cantik dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama.
Cara D membuatnya:-
1. Masuk semua Bahan A (termasuk orange emulco, parutan kulit oren) dan pukul sehingga sebati.
2. Masuk pula Bahan B (telur) dan pukul adunan sehingga rata.
3. Masuk dalam loyang tabur atas dengan walnut dan bakar sehingga sempurna

Subscribe to:
Posts (Atom)