Monday, February 2, 2009
KUIH KASUI
Sumber: Ayu (FRD)
BAHAN-BAHAN:
240 gm gula merah + 500 ml air
120 gm tepung beras
60 gm tepung ubi
60 gm tepung gandum
250 ml air
2 sudu teh air kapur cair
BAHAN LAIN: (DIGAUL)
200 gm kelapa parut
½ sudu teh garam
CARA-CARA:
1. Gula merah dimasak dengan air sehingga larut.. Tapiskan.. Biarkan sejuk..
2. Masukkan air gula merah tadi, kesemua jenis tepung dan air ke dalam blender dan blend hingga sebati.. Tapiskan..
3. Tuang ke dalam loyang atau acuan kecil yang telah dilengser dengan minyak terlebih dahulu (Ayu guna loyang berukuran 20 cm)..
4. Kukus hingga masak..5. Setelah kuih sejuk, barulah dipotong..6. Hidangkan dengan kelapa parut..
Monday, January 12, 2009
PLAIN BUTTER CAKE
Sumber : Resipi Diana (Bebop)
bahan A
250g butter
200g gula
210g tepung gandum } maklang guna self raising flour
1sudu teh baking powder }
Bahan B
5 biji telur
Cara
Tuang kesemua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati. Selepas itu, masukkan bahan B perlahan-lahan. Putar selama 4-5 minit. Putar sehingga adunan lembut dan tidak berbintil2. Tuang adunan dalam acuan 9", bakar 160 C selama 50-6- minit atau uji dengan lidi dengan cucuk di bhg tengah kek. Satu nasihat untuk mendapat kek butter yg cantik dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama.
Cara D membuatnya:-
1. Masuk semua Bahan A (termasuk orange emulco, parutan kulit oren) dan pukul sehingga sebati.
2. Masuk pula Bahan B (telur) dan pukul adunan sehingga rata.
3. Masuk dalam loyang tabur atas dengan walnut dan bakar sehingga sempurna
bahan A
250g butter
200g gula
210g tepung gandum } maklang guna self raising flour
1sudu teh baking powder }
Bahan B
5 biji telur
Cara
Tuang kesemua bahan A ke dalam mixer dan adun sebati. Selepas itu, masukkan bahan B perlahan-lahan. Putar selama 4-5 minit. Putar sehingga adunan lembut dan tidak berbintil2. Tuang adunan dalam acuan 9", bakar 160 C selama 50-6- minit atau uji dengan lidi dengan cucuk di bhg tengah kek. Satu nasihat untuk mendapat kek butter yg cantik dan elok, jangan memutar adunan kek terlalu lama.
Cara D membuatnya:-
1. Masuk semua Bahan A (termasuk orange emulco, parutan kulit oren) dan pukul sehingga sebati.
2. Masuk pula Bahan B (telur) dan pukul adunan sehingga rata.
3. Masuk dalam loyang tabur atas dengan walnut dan bakar sehingga sempurna
Thursday, December 11, 2008
TEPUNG PELITA
Sumber: MyResipi.com
Bahan-bahan ( 20 cups- bergantung pd saiz bekas )
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras (ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit garam
sedikit air kapur (optional)
Cara-cara membuat adunan yg warna hijau
1. Tepung (1 cawan) , air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Cara-cara membuat adunan yg warna putih
1. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
2. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
3. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
4. Sejukkan
COCONUT BLOSSOM
Sumber: Kak Hanieliza (Resipi Diana)
Bahan
250 gm gula
2 biji telur sejuk
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml santan pekat
300 gm tepung gandum
1 sudu besar ovalette
1 oz air pandan } gunakan pes pandan
1 tsp warna hijau } instead
acuan kertas
Cara membuatnya :
Semua bahan-bahan masukkan dalam mixing bowl dan pukul dengan high speed selama 3 – 5 minit. Campurkan warna hijau dan gaul rata. Masukkan 1 sudu adunan ke dalam mangkuk kecil, kemudian taruhkan inti kelapa di tengah lalu ditutup dengan 1 sudu adunan dan kukus selama 15-20 minit.
Bahan
250 gm gula
2 biji telur sejuk
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml santan pekat
300 gm tepung gandum
1 sudu besar ovalette
1 oz air pandan } gunakan pes pandan
1 tsp warna hijau } instead
acuan kertas
Cara membuatnya :
Semua bahan-bahan masukkan dalam mixing bowl dan pukul dengan high speed selama 3 – 5 minit. Campurkan warna hijau dan gaul rata. Masukkan 1 sudu adunan ke dalam mangkuk kecil, kemudian taruhkan inti kelapa di tengah lalu ditutup dengan 1 sudu adunan dan kukus selama 15-20 minit.
KUIH LOMPANG
Sumber: Kak Browneyes (Resipi Diana)
Bahan-bahannya
2 cawan tepung beras
2 sudu tepung kanji
1 cawan gula pasir
3 cawan airdaun pandan
pewarna
kelapa parut putih + garam + daun pandan dikukus.
Cara-caranya
1. 1 cawan air dimasak dengan gula dan daun pandan hingga larut. Sejukkan sebentar kemudian masukkan lebihan air tadi dan tepung. Gaul hingga sebati.
2. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.
3. Sebelum kukus acuan lompang disapu dengan sedikit minyak supaya kuihnya tidak melekat. Kukus around 5 minutes
Nota: Setiap kali semasa hendak tuang adunan ke acuan lompang, kacau rata sebab tepung beras dalam adunan lekas mendak.
Wednesday, December 10, 2008
EPOK-EPOK SAYUR
Sumber: Halimah Anang (Resipi Diana)
KULIT EPOK-EPOK
Bahan-bahannya
1 kg tepung gandum
1 cawan air suam
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya
Cara-caranya
Tepung digaul rata bersama air suam yang telah dicampurkan garam. Kemudian masukkan minyak masak sedikit demi sedikit sehingga adunan membentuk seperti doh. Biarkan 30 minit, barulah dicanai.
Untuk adunan tepung, D perahkan 1 biji jus limau kasturi. Ini Mummy D yang ajar katanya nanti kulit epok-epok akan garing. So D pun ikut kata masukkan semua terus dalam mixer dan hasilnya Alhamdulillah sempurna
TIPS:
Goreng epok-epok dengan api yang kecil, hasilnya kulitnya licin dan garing sebab resipi ini menggunakan sikit penggunaan air dan banyak penggunaan minyak masak.
INTI SAYUR
Bahan-bahannya
2 ulas bawang putih, dicincang
1 bjii bawang besar, didadu
sengkuang, hiris macam mancis karot, hiris macam mancis
taugeh, dibersihkan
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
sedikit minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan garam dan serbuk perasa.
2. Masukkan sengkuang, karot dan taugeh dan gaul rata. Jangan terlalu lama nanti sayur terlalu layu tak sedap pula.3. Angkat dan sedia untuk digunakan.
SOS SAMBAL KELEDEK
Bahan-bahannya
2 batang keledek sederhana besar, direbus sehingga empuk
8 batang lada merah
2 ulas bawang putih
3/4 cawan sos tomato
air masak secukupnya
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit cuka
Cara-caranya
Bahan-bahan diatas dimasukkan dalam food processor dan diblender. Jangan letak terlalu banyak air, sosnya patut pekat2 sikit baru sedap. Perasa gula dan garam dan tambah jika kurang.
Tuesday, December 9, 2008
KEK ZEBRA
Sumber: Jo's Deli Bakery (Resipi Diana)
Menghasilkan 1 loyang 8" bulat
Bahan-bahannya
6 biji telur yang kecil (Diana gunakan 4 biji telur Grade B)
110 gram gula kaster
150 gram tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovalette
100 gram mentega, dicairkan
30 gram susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh serbuk koko
3 - 4 sudu besar air
1 sudu teh coklat emulco
Hirisan badam/ badam cincang
Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8".
2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
3. Pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10 minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental.
4. Masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanilla dan putar menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian.
6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain.
7. Taburkan dengan hirisan badam/ badam cincang dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit.
8. Biarkan kek sejuk selama 10 minit selepas dibakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar.
Nota:
1. Jangan gantikan susu pekat manis dengan susu segar/ UHT kerana ini akan membuat adunan tepung menjadi cair dan susah bila hendak melapis.
2. Air yang dicampurkan dengan serbuk koko dan coklat emulco boleh digantikan dengan susu segar.
3. Elakkan menggunakan tepung gandum/ tepung serbaguna, jika boleh. Bila memukul tepung pada kelajuan tinggi, gluten dalam tepung akan membina dan ini akan menyebabkan anda mendapat kek yang kenyal bila digigit.
4. Bila menggaul cecair coklat kedalam adunan, gaul satu arah pusingan dan jangan keterlaluan yang mungkin akan mengakibatkan adunan menjadi cair.
5. Sebaiknya mulakan dan akhir proses melapis dengan adunan plain.
Subscribe to:
Posts (Atom)