Thursday, December 11, 2008
TEPUNG PELITA
Sumber: MyResipi.com
Bahan-bahan ( 20 cups- bergantung pd saiz bekas )
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras (ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit garam
sedikit air kapur (optional)
Cara-cara membuat adunan yg warna hijau
1. Tepung (1 cawan) , air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Cara-cara membuat adunan yg warna putih
1. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
2. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
3. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
4. Sejukkan
COCONUT BLOSSOM
Sumber: Kak Hanieliza (Resipi Diana)
Bahan
250 gm gula
2 biji telur sejuk
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml santan pekat
300 gm tepung gandum
1 sudu besar ovalette
1 oz air pandan } gunakan pes pandan
1 tsp warna hijau } instead
acuan kertas
Cara membuatnya :
Semua bahan-bahan masukkan dalam mixing bowl dan pukul dengan high speed selama 3 – 5 minit. Campurkan warna hijau dan gaul rata. Masukkan 1 sudu adunan ke dalam mangkuk kecil, kemudian taruhkan inti kelapa di tengah lalu ditutup dengan 1 sudu adunan dan kukus selama 15-20 minit.
Bahan
250 gm gula
2 biji telur sejuk
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml santan pekat
300 gm tepung gandum
1 sudu besar ovalette
1 oz air pandan } gunakan pes pandan
1 tsp warna hijau } instead
acuan kertas
Cara membuatnya :
Semua bahan-bahan masukkan dalam mixing bowl dan pukul dengan high speed selama 3 – 5 minit. Campurkan warna hijau dan gaul rata. Masukkan 1 sudu adunan ke dalam mangkuk kecil, kemudian taruhkan inti kelapa di tengah lalu ditutup dengan 1 sudu adunan dan kukus selama 15-20 minit.
KUIH LOMPANG
Sumber: Kak Browneyes (Resipi Diana)
Bahan-bahannya
2 cawan tepung beras
2 sudu tepung kanji
1 cawan gula pasir
3 cawan airdaun pandan
pewarna
kelapa parut putih + garam + daun pandan dikukus.
Cara-caranya
1. 1 cawan air dimasak dengan gula dan daun pandan hingga larut. Sejukkan sebentar kemudian masukkan lebihan air tadi dan tepung. Gaul hingga sebati.
2. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.
3. Sebelum kukus acuan lompang disapu dengan sedikit minyak supaya kuihnya tidak melekat. Kukus around 5 minutes
Nota: Setiap kali semasa hendak tuang adunan ke acuan lompang, kacau rata sebab tepung beras dalam adunan lekas mendak.
Wednesday, December 10, 2008
EPOK-EPOK SAYUR
Sumber: Halimah Anang (Resipi Diana)
KULIT EPOK-EPOK
Bahan-bahannya
1 kg tepung gandum
1 cawan air suam
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya
Cara-caranya
Tepung digaul rata bersama air suam yang telah dicampurkan garam. Kemudian masukkan minyak masak sedikit demi sedikit sehingga adunan membentuk seperti doh. Biarkan 30 minit, barulah dicanai.
Untuk adunan tepung, D perahkan 1 biji jus limau kasturi. Ini Mummy D yang ajar katanya nanti kulit epok-epok akan garing. So D pun ikut kata masukkan semua terus dalam mixer dan hasilnya Alhamdulillah sempurna
TIPS:
Goreng epok-epok dengan api yang kecil, hasilnya kulitnya licin dan garing sebab resipi ini menggunakan sikit penggunaan air dan banyak penggunaan minyak masak.
INTI SAYUR
Bahan-bahannya
2 ulas bawang putih, dicincang
1 bjii bawang besar, didadu
sengkuang, hiris macam mancis karot, hiris macam mancis
taugeh, dibersihkan
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
sedikit minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan garam dan serbuk perasa.
2. Masukkan sengkuang, karot dan taugeh dan gaul rata. Jangan terlalu lama nanti sayur terlalu layu tak sedap pula.3. Angkat dan sedia untuk digunakan.
SOS SAMBAL KELEDEK
Bahan-bahannya
2 batang keledek sederhana besar, direbus sehingga empuk
8 batang lada merah
2 ulas bawang putih
3/4 cawan sos tomato
air masak secukupnya
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit cuka
Cara-caranya
Bahan-bahan diatas dimasukkan dalam food processor dan diblender. Jangan letak terlalu banyak air, sosnya patut pekat2 sikit baru sedap. Perasa gula dan garam dan tambah jika kurang.
Tuesday, December 9, 2008
KEK ZEBRA
Sumber: Jo's Deli Bakery (Resipi Diana)
Menghasilkan 1 loyang 8" bulat
Bahan-bahannya
6 biji telur yang kecil (Diana gunakan 4 biji telur Grade B)
110 gram gula kaster
150 gram tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovalette
100 gram mentega, dicairkan
30 gram susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh serbuk koko
3 - 4 sudu besar air
1 sudu teh coklat emulco
Hirisan badam/ badam cincang
Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8".
2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
3. Pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10 minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental.
4. Masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanilla dan putar menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian.
6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain.
7. Taburkan dengan hirisan badam/ badam cincang dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit.
8. Biarkan kek sejuk selama 10 minit selepas dibakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar.
Nota:
1. Jangan gantikan susu pekat manis dengan susu segar/ UHT kerana ini akan membuat adunan tepung menjadi cair dan susah bila hendak melapis.
2. Air yang dicampurkan dengan serbuk koko dan coklat emulco boleh digantikan dengan susu segar.
3. Elakkan menggunakan tepung gandum/ tepung serbaguna, jika boleh. Bila memukul tepung pada kelajuan tinggi, gluten dalam tepung akan membina dan ini akan menyebabkan anda mendapat kek yang kenyal bila digigit.
4. Bila menggaul cecair coklat kedalam adunan, gaul satu arah pusingan dan jangan keterlaluan yang mungkin akan mengakibatkan adunan menjadi cair.
5. Sebaiknya mulakan dan akhir proses melapis dengan adunan plain.
Friday, December 5, 2008
KEK GULUNG/ SWISS ROLL BATIK
Sumber : Apek (Resipi Diana)
Bahan-bahan
6 biji telur gred A @ B
4oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu bsr ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu bsr susu tepung
4oz mentega cair
sedikit coklat emulco
jem strawberri secukupnya
Cara-caranya
Step 1 - Telur,gula,ovelet,baking powder,esen vanilla,tepung gandum dan susu tpg msk dlm bekas dan dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
Step 2 - Adunan dah gebu akan jadi camni
Step 4 - Asingkan sedikit adunan tadi (skit je setakat nak buat line) ke dalam bekas lain,kemudian masukkan coklat emulco.Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag
Step 7 - Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah. Bakar dlm oven selama 20 minit dgn suhu 170darjah celcius. Kek dah siap masak
Step 8 - Apabila kek sudah masak dan sudah betui2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata....tolong jgn sapu kuat2
Step 9 - Setelah jem disapu rata,gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas.
Step 10 - Dah gulung, bolehlah dipotongTips dari Maklang:- jgn lebihkan masa pembakaran nanti terlampau garing susah lak nak gulung..pecah kulit swissroll- jgn buat nipis benor..susah nak gulung nanti- time nak gulung tu...cubalah berlembut skit ngan swissroll...kalau ganas2 tersiat plak kulit swissroll yg cantik gebu tu..kulit swissroll ni jenis FRAGILE- korang nak buat batik jawa ke..batik marble ke...batik kalerpul ke...ikut sukahati koranglah ye!- filling tu boleh jugak letak buttercream, chocolate cream, jem, blueberi..yg maklang buat tu maklang letak blueberi..sodappp-pastikan kek sejuk dulu barulah gulung...kalau tak melekat kat paper kuih- masa sapu jem tu cuba jangan ditekan kek tu sangat...tu sbb kulit dia melekat..- kalau perhatikan tepung tu nampak skitkan...takpe...jgn risau..- alas loyang ngan paper kuih tu...biar terjulur dari loyang pun takpe..senang nak angkat...jangan kedekut paper kuih tau...- nak guna sponge mix pun boleh...tapi rasalah yg original punya dulu..best ke tak-maklang guna loyang sbread 50 petak tu je...loyang tu kan pelbagai guna...
Thursday, December 4, 2008
BUBUR PUTIH BUBUR MERAH (DURIAN)
Sumber : Resipi Diana
Bahan-bahannya
2 cawan beras pulut, dicuci bersih
7 cawan santan cair
3 cawan santan pekat
3 helai daun pandan
1 ketul gula melaka (sedang besarnya)
½ cawan gula pasir
7 ulas durian
garam secukup rasa
Cara-caranya
1. Beras pulut yang telah dicuci dicampurkan dengan santan cair dan daun pandan dan dimasak sehingga kembang dan beras pulut tersebut masak.
2. Kemudian masukkan santan pekat. Gaul rata. Bila telah mendidih sedikit, ketepikan 5 senduk bubur pulut putih ke mangkuk lain. Bubur pulut putih ini dicampurkan dengan garam. Garamnya dilebihkan sedikit agar ia terasa masinnya sikit. Ketepikan
3. Lebihan bubur pulut tadi dimasukkan gula melaka, gula pasir dan durian. Masak sehingga semuanya sebati. Rasakan buburnya, jika kurang gula tambah gula pasir.
4. Jadi bubur merah perlu ada rasa manis dan bubur putih rasa masin. Kemudian hidangkan di mangkuk bubur merah dan kemudian atasnya letak sedikit bubur putih.
Bahan-bahannya
2 cawan beras pulut, dicuci bersih
7 cawan santan cair
3 cawan santan pekat
3 helai daun pandan
1 ketul gula melaka (sedang besarnya)
½ cawan gula pasir
7 ulas durian
garam secukup rasa
Cara-caranya
1. Beras pulut yang telah dicuci dicampurkan dengan santan cair dan daun pandan dan dimasak sehingga kembang dan beras pulut tersebut masak.
2. Kemudian masukkan santan pekat. Gaul rata. Bila telah mendidih sedikit, ketepikan 5 senduk bubur pulut putih ke mangkuk lain. Bubur pulut putih ini dicampurkan dengan garam. Garamnya dilebihkan sedikit agar ia terasa masinnya sikit. Ketepikan
3. Lebihan bubur pulut tadi dimasukkan gula melaka, gula pasir dan durian. Masak sehingga semuanya sebati. Rasakan buburnya, jika kurang gula tambah gula pasir.
4. Jadi bubur merah perlu ada rasa manis dan bubur putih rasa masin. Kemudian hidangkan di mangkuk bubur merah dan kemudian atasnya letak sedikit bubur putih.
Monday, December 1, 2008
KUIH BAKAR DURIAN
Sumber : Resipi Diana
(untuk 7 keping)
Bahan-bahannya
1800 ml santan (dari 1 1/2 biji kelapa parut)
6 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan gula pasir
180 gram isi durian
secubit garam
sedikit pewarna kuning
secukup mentega SCS/ Golden Churn
Cara-caranya
1. Dengan menggunakan food processor/ blender, blender semua bahan-bahan diatas dan tuang kedalam bekas yang besar. Ini yang paling mudah supaya adunan tidak bergentel. Kemudian gunakan senduk dan kacau adunan tepung supaya sebati.
2. Panaskan acuan kuih bakar/ loyang dalam oven dan bila telah panas keluarkan dan letakkan 1 sudu besar mentega dalam acuan Kuih Bakar dan jika gunakan loyang mentega lebihkan (ini yang buat tepi Kuih Bakar garing dan baunya harum. Jika guna acuan dan keluarkan kuih boleh terus letak mentega pusing-pusing sikit kasi cair (sebab acuan panas) dan boleh tuang adunan tepung.
3. Kemudian bakar pada suhu 200 darjah C selama 45 - 60 minit dan resipi diatas dapat menghasilkan 7 keping kuih bakar pecah 8.
Jika anda menggunakan loyang sila tambahkan 1/4 cawan tepung kepada resipi diatas, jika tidak kuih agak terlalu lembut untuk dipotong. Kalau guna acuan kuih bakar pecah 8 boleh gunakan resipi seperti diatas.Jika menggunakan loyang, selepas selesai bakar, hendaklah sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum keluarkannya dari loyang. Kalau guna acuan kuih bakar, selepas bakar boleh terus keluarkan kuih dari acuan.Untuk Kuih Bakar tahan lama, masak air sehingga mendidih dan masukkan kelapa parut. Bila menggunakan santan yang telah dimasak, kuih bakar lebih tahan lama, tidak cepat bertali, ini petua dari bonda.
Isi durian digantikan untuk menghasilkan Kuih Bakar seperti berikut:-
Untuk Kuih Bakar Nangka:
Gantikan isi durian dengan 1 ulas isi nangka (besar) atau 2 ulas isi nangka (kecil). Blender isi nangka bersama adunan tepung dan kacau sebati. Selepas tuang adunan tepung atasnya boleh hias dengan hirisan nangka dan dibakar.
Untuk Kuih Bakar Cempedak:
Gunakan 3 ulas isi cempedak dan blender bersama adunan tepung dan kacau sebati. Isi cempedak tidak boleh terlalu banyak nanti bila sudah dibakar, kuih terlalu lembut untuk dikeluarkan dari acuan/ loyang.
Untuk Kuih Bakar Pisang:
Gunakan 1 biji pisang emas dan blender bersama adunan tepung dan kacau sebati. Selepas tuang adunan tepung atasnya boleh dihias dengan pisang yang telah dipotong bulat dan dibakar.
Untuk Kuih Bakar Keledek:
Gunakan 1 batang keledek oren (sederhana besar), kupas kulitnya dan rebus sehingga empuk. Kemudian blender bersama adunan tepung dan kacau sebati. Sedia untuk dibakar. Ini dia Kuih Bakar Keledek yang telah dibakar.
Untuk Kuih Bakar Jagung:
Campurkan 3/4 tin jagung krim kedalam adunan tepung. Jika anda mahu blender jagung tersebut pun boleh
KEK COKLAT KUKUS
Sumber: Zaiima
Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/mentega cair
1 cawan gula castor
1/2 cawan susu pekat manis
Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh serbuk penaik
Bahan C
3 biji telur
Cara-caranya
Semua bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan sebentar sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan bahan ini.Pukul bahan C hingga kembang. Masukkan ke dalam bahan A. Kaup balik hingga bahan C bercampur serata dengan bahan A.Tepung gandum + soda + serbuk penaik dicampur dan diayak. Kemudian sedikit demi sedikit masukkan ke dalam adunan coklat tadi sambil dikaupbalikkan hingga serata.Tutup bekas kek dengan aluminium foil - untuk mengelakkan air dari menitik ke atas permukaan kek. Kukus selama 1 jam @ sehingga kek masak
TOPPING COKLAT
TOPPING COKLAT
Sumber: Kak NoorMasri
Bahan-bahan:
250 g coklat masakan } potong kecil2
1 sudu besar majerin
130 ml double cream atau whipping creamsket
gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional
Cara membuat
Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli
Subscribe to:
Posts (Atom)