Bahan untuk gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega*
Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali. Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.
Bahan untuk kek
4 biji telor
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
Cara-caranya
Pukul telor sampai kembang & pekat. Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata. Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.Tuang kan esen vanilla. Last kekali, masukkan gula hangus tadi.Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
Dibakar selama 1jam suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas dan bawah.
-----------STEP BY STEP KEK GULA HANGUS/KEK SARANG SEMUT
Cara masak gula hangus
Step 1 – masakkan gula hingga cair
Step 2 – gula dah mulai mencair dan berubah colour, bolehlah masukkan air panas skit demi skit
Step 3 – masukkan butter dan tunggu hingga kesemuanya cair dan ketepikan seketika.
Cara mengadun bahan adunan
Step 4 - Pukul telur hingga kembang
Step 5 – Masukkan susu pekat dan pukul sebati
Step 6 – Curahkan dlm blender dan pressssss sekejap
Step 7 – Masukkan tepung skit demi skit dan presssssssss, biarkan selama 3 jam.
Step 8 – Bila dah 3 jam, colour adunan berubah, mungkin tindakbalas gula hangus tadi kot
Step 9 – Tuangkan adunan dalam loyang yang sesuai dan kacau supaya tepung tak mendap dan bolehlah dibakar selama 1 jam dengan api bawah…lagi 5’ nak masak guna api atas saje…
Maklang guna loyang 5x5 sbb loyang kecik lagi akder…jadi kek tak baper tinggi.Bila dah masak, kek memang tak nampak gelap colournya tapi dan betul2 sejuk kita akan dapati kek berubah menjadi coklat kehitaman. (Maklang terangkan skit gambar ni ye sbb kenkawan dapat melihat rongga kek tersebut).Dipotong secara menegak, beginilah rupanya.
No comments:
Post a Comment