Wednesday, November 26, 2008
KUIH PUTERI SALAT
Sumber : Kak Delima
Bahan-bahannya
600gm beras pulut
Cara-caranya
1. Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 1 jam.
2. Toskan berasnya dan letak didalam loyang bulat 11 inci dan masukkan santan, air dan garam.
3. Santan dan air hendaklah sama parasnya dengan pulut, jika hendak lebihkan santan sikit sahaja supaya pulutnya tidak lembik bila dikukus.
4. Kukus sehingga ia masak, keluarkan loyang dari kukusan dan ditekan-tekan supaya pulut itu mampat.
5. Boleh ditekan dengan anak batu lesung yang dibungkus plastik dan ratakan.
Bahan untuk Serikaya
6 biji telur
1 1/2 cawan santan
1 cawan air ) dikisar dan ditapis
5-6 helai daun pandan )
2 1/2 sudu makan penuh tepung gandum
250 gram gula
sedikit garam
Cara-caranya
1. Kesemua bahan serikaya dimasukkan kedalam blender dan diblend sehingga sebati.
2. Masakkan sebentar diatas api yang sederhana sehingga adunan melekat sedikit di belakang
senduk kayu dan cuba angkat. Adunan itu akan menunjukkan ia pekat sedikit.
3. Tuang diatas pulut yang telah dikukus tadi dan kukus sehingga ia masak. Sejukkan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment