Sunday, November 30, 2008
KEK MARBLE BLACKMORE
Sumber: Sis Blackmore
Bahan A
250gm butter
1 tsp serbuk vanilla
30gm susu tepong
Bahan-bahan dijadikan satu dan dipukul ngan K-beater sampai adunan sebati dan butter berkilat. Kemudian asingkan dalam bekas yang lain.
Bahan B
160gm gula kastor
7 biji kuning telor
6 biji putih telor
1 sudu makan ovalette
Masukkan Bahan B dalam bekas yang lain dan dipukul dengan kelajuan tinggi sampai adunan kembang, dalam 15 – 20 minit.
Bahan C
200gm tepong naik sendiri + 1/2 tsp baking powder - diayak
200gm tepong optima (yang nie tak payah diayak)
3 sudu makan susu cair
Selepas Bahan B kembang, pelankan kelajuan mesin pemukul dan masukkan susu cair. Masukkan tepung-tepong, dipukul sebentar saja hingga sebati dan hentikan mesin.
Masukkan Bahan A dan kacau hingga rata dan sebati menggunakan senduk kayu. Selepas itu bahagikan pada dua bahagian. Satu bahagian campurkan serbuk koko. Kalau nak letak perasa tambahan pun boleh.
Bagi 3 bahagian, kemudian campurkan perasa strawberi, nanti bila dah siap ada 3 warna.Loyang pembakar disapu ngan sedikit butter dan alas ngan kertas pembakar. Oven set kepanasan 190 darjah C.
Gunakan loyang pembakar 11” x 11” dan bakar selama 45 minit – 1 jam. Selepas satu jam, bila hendak keluarkan kek dan lihat dibahagian tengah kek macam “bergoyang-goyang” jangan angkat dulu, boleh bakar lagi selama 20 – 30 minit. Sebab lain oven lain suhunya. Ini selalu berlaku bila menggunakan loyang pembakar yang kecil dari 11”. Nak pastikan kek dah betul-betul masak, cucuk dengan lidi pengguji dan bila ia keluar kering dan bersih, kek pun dah masak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment