Thursday, December 11, 2008

TEPUNG PELITA

Sumber: MyResipi.com
Bahan-bahan ( 20 cups- bergantung pd saiz bekas )
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras (ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit garam
sedikit air kapur (optional)
Cara-cara membuat adunan yg warna hijau
1. Tepung (1 cawan) , air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
2. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Cara-cara membuat adunan yg warna putih
1. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
2. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
3. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
4. Sejukkan

COCONUT BLOSSOM

Sumber: Kak Hanieliza (Resipi Diana)

Bahan
250 gm gula
2 biji telur sejuk
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml santan pekat
300 gm tepung gandum
1 sudu besar ovalette
1 oz air pandan } gunakan pes pandan
1 tsp warna hijau } instead
acuan kertas

Cara membuatnya :
Semua bahan-bahan masukkan dalam mixing bowl dan pukul dengan high speed selama 3 – 5 minit. Campurkan warna hijau dan gaul rata. Masukkan 1 sudu adunan ke dalam mangkuk kecil, kemudian taruhkan inti kelapa di tengah lalu ditutup dengan 1 sudu adunan dan kukus selama 15-20 minit.

KUIH LOMPANG

Sumber: Kak Browneyes (Resipi Diana)
Bahan-bahannya
2 cawan tepung beras
2 sudu tepung kanji
1 cawan gula pasir
3 cawan airdaun pandan
pewarna
kelapa parut putih + garam + daun pandan dikukus.
Cara-caranya
1. 1 cawan air dimasak dengan gula dan daun pandan hingga larut. Sejukkan sebentar kemudian masukkan lebihan air tadi dan tepung. Gaul hingga sebati.
2. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut suka.
3. Sebelum kukus acuan lompang disapu dengan sedikit minyak supaya kuihnya tidak melekat. Kukus around 5 minutes
Nota: Setiap kali semasa hendak tuang adunan ke acuan lompang, kacau rata sebab tepung beras dalam adunan lekas mendak.

Wednesday, December 10, 2008

EPOK-EPOK SAYUR

Sumber: Halimah Anang (Resipi Diana)

KULIT EPOK-EPOK
Bahan-bahannya
1 kg tepung gandum
1 cawan air suam
Sedikit garam
Minyak masak secukupnya

Cara-caranya
Tepung digaul rata bersama air suam yang telah dicampurkan garam. Kemudian masukkan minyak masak sedikit demi sedikit sehingga adunan membentuk seperti doh. Biarkan 30 minit, barulah dicanai.
Untuk adunan tepung, D perahkan 1 biji jus limau kasturi. Ini Mummy D yang ajar katanya nanti kulit epok-epok akan garing. So D pun ikut kata masukkan semua terus dalam mixer dan hasilnya Alhamdulillah sempurna

TIPS:
Goreng epok-epok dengan api yang kecil, hasilnya kulitnya licin dan garing sebab resipi ini menggunakan sikit penggunaan air dan banyak penggunaan minyak masak.

INTI SAYUR
Bahan-bahannya
2 ulas bawang putih, dicincang
1 bjii bawang besar, didadu
sengkuang, hiris macam mancis karot, hiris macam mancis
taugeh, dibersihkan
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan garam dan serbuk perasa.

2. Masukkan sengkuang, karot dan taugeh dan gaul rata. Jangan terlalu lama nanti sayur terlalu layu tak sedap pula.3. Angkat dan sedia untuk digunakan.

SOS SAMBAL KELEDEK
Bahan-bahannya
2 batang keledek sederhana besar, direbus sehingga empuk
8 batang lada merah
2 ulas bawang putih
3/4 cawan sos tomato
air masak secukupnya
garam secukup rasa
gula secukup rasa
sedikit cuka
Cara-caranya
Bahan-bahan diatas dimasukkan dalam food processor dan diblender. Jangan letak terlalu banyak air, sosnya patut pekat2 sikit baru sedap. Perasa gula dan garam dan tambah jika kurang.

Tuesday, December 9, 2008

KEK ZEBRA


Sumber: Jo's Deli Bakery (Resipi Diana)
Menghasilkan 1 loyang 8" bulat

Bahan-bahannya
6 biji telur yang kecil (Diana gunakan 4 biji telur Grade B)
110 gram gula kaster
150 gram tepung kek
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu besar ovalette
100 gram mentega, dicairkan
30 gram susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh serbuk koko
3 - 4 sudu besar air
1 sudu teh coklat emulco
Hirisan badam/ badam cincang

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah C. Lenser dan salutkan tepung pada loyang bulat 8".
2. Ayak tepung dan baking powder. Ketepikan.
3. Pukul telur, tepung yang telah diayak, gula kaster dan ovalette dengan kelajuan tinggi selama 10 minit atau sehingga adunan tepung menjadi pekat dan kental.

4. Masukkan mentega cair, susu pekat manis dan esen vanilla dan putar menggunakan kelajuan perlahan sehingga sebati.

5. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan coklat pada satu bahagian.

6. Menggunakan sudu besar, sendukkan 3 sudu besar adunan plain pada tengah loyang dan kemudian 3 sudu besar adunan coklat. Selepas setengah adunan sendukkan 2 sudu besar dan kemudian seterusnya 1 sudu besar pada akhir aduanan habis. Mulakan dengan adunan plain dan akhirkan juga dengan adunan plain.

7. Taburkan dengan hirisan badam/ badam cincang dan bakar pada suhu 170 darjah C selama 35 minit.

8. Biarkan kek sejuk selama 10 minit selepas dibakar dan kemudian boleh dikeluarkan dari loyang pembakar.

Nota:
1. Jangan gantikan susu pekat manis dengan susu segar/ UHT kerana ini akan membuat adunan tepung menjadi cair dan susah bila hendak melapis.

2. Air yang dicampurkan dengan serbuk koko dan coklat emulco boleh digantikan dengan susu segar.

3. Elakkan menggunakan tepung gandum/ tepung serbaguna, jika boleh. Bila memukul tepung pada kelajuan tinggi, gluten dalam tepung akan membina dan ini akan menyebabkan anda mendapat kek yang kenyal bila digigit.

4. Bila menggaul cecair coklat kedalam adunan, gaul satu arah pusingan dan jangan keterlaluan yang mungkin akan mengakibatkan adunan menjadi cair.

5. Sebaiknya mulakan dan akhir proses melapis dengan adunan plain.

Friday, December 5, 2008

KEK GULUNG/ SWISS ROLL BATIK


Sumber : Apek (Resipi Diana)

Bahan-bahan
6 biji telur gred A @ B
4oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu bsr ovelet
3oz tepung gandum
1 sudu bsr susu tepung
4oz mentega cair
sedikit coklat emulco
jem strawberri secukupnya

Cara-caranya
Step 1 - Telur,gula,ovelet,baking powder,esen vanilla,tepung gandum dan susu tpg msk dlm bekas dan dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)

Step 2 - Adunan dah gebu akan jadi camni

Step 3 - Masukkan mentega cair,kemudian kacau rata ngan sudit kayu

Step 4 - Asingkan sedikit adunan tadi (skit je setakat nak buat line) ke dalam bekas lain,kemudian masukkan coklat emulco.Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag

Step 5 - Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya

Step 6 - Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang

Step 7 - Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah. Bakar dlm oven selama 20 minit dgn suhu 170darjah celcius. Kek dah siap masak

Step 8 - Apabila kek sudah masak dan sudah betui2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata....tolong jgn sapu kuat2

Step 9 - Setelah jem disapu rata,gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas.

Step 10 - Dah gulung, bolehlah dipotongTips dari Maklang:- jgn lebihkan masa pembakaran nanti terlampau garing susah lak nak gulung..pecah kulit swissroll- jgn buat nipis benor..susah nak gulung nanti- time nak gulung tu...cubalah berlembut skit ngan swissroll...kalau ganas2 tersiat plak kulit swissroll yg cantik gebu tu..kulit swissroll ni jenis FRAGILE- korang nak buat batik jawa ke..batik marble ke...batik kalerpul ke...ikut sukahati koranglah ye!- filling tu boleh jugak letak buttercream, chocolate cream, jem, blueberi..yg maklang buat tu maklang letak blueberi..sodappp-pastikan kek sejuk dulu barulah gulung...kalau tak melekat kat paper kuih- masa sapu jem tu cuba jangan ditekan kek tu sangat...tu sbb kulit dia melekat..- kalau perhatikan tepung tu nampak skitkan...takpe...jgn risau..- alas loyang ngan paper kuih tu...biar terjulur dari loyang pun takpe..senang nak angkat...jangan kedekut paper kuih tau...- nak guna sponge mix pun boleh...tapi rasalah yg original punya dulu..best ke tak-maklang guna loyang sbread 50 petak tu je...loyang tu kan pelbagai guna...

Thursday, December 4, 2008

BUBUR PUTIH BUBUR MERAH (DURIAN)

Sumber : Resipi Diana

Bahan-bahannya
2 cawan beras pulut, dicuci bersih
7 cawan santan cair
3 cawan santan pekat
3 helai daun pandan
1 ketul gula melaka (sedang besarnya)
½ cawan gula pasir
7 ulas durian
garam secukup rasa

Cara-caranya
1. Beras pulut yang telah dicuci dicampurkan dengan santan cair dan daun pandan dan dimasak sehingga kembang dan beras pulut tersebut masak.

2. Kemudian masukkan santan pekat. Gaul rata. Bila telah mendidih sedikit, ketepikan 5 senduk bubur pulut putih ke mangkuk lain. Bubur pulut putih ini dicampurkan dengan garam. Garamnya dilebihkan sedikit agar ia terasa masinnya sikit. Ketepikan

3. Lebihan bubur pulut tadi dimasukkan gula melaka, gula pasir dan durian. Masak sehingga semuanya sebati. Rasakan buburnya, jika kurang gula tambah gula pasir.

4. Jadi bubur merah perlu ada rasa manis dan bubur putih rasa masin. Kemudian hidangkan di mangkuk bubur merah dan kemudian atasnya letak sedikit bubur putih.

Monday, December 1, 2008

KUIH BAKAR DURIAN



Sumber : Resipi Diana
(untuk 7 keping)

Bahan-bahannya
1800 ml santan (dari 1 1/2 biji kelapa parut)
6 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan gula pasir
180 gram isi durian
secubit garam
sedikit pewarna kuning
secukup mentega SCS/ Golden Churn

Cara-caranya
1. Dengan menggunakan food processor/ blender, blender semua bahan-bahan diatas dan tuang kedalam bekas yang besar. Ini yang paling mudah supaya adunan tidak bergentel. Kemudian gunakan senduk dan kacau adunan tepung supaya sebati.

2. Panaskan acuan kuih bakar/ loyang dalam oven dan bila telah panas keluarkan dan letakkan 1 sudu besar mentega dalam acuan Kuih Bakar dan jika gunakan loyang mentega lebihkan (ini yang buat tepi Kuih Bakar garing dan baunya harum. Jika guna acuan dan keluarkan kuih boleh terus letak mentega pusing-pusing sikit kasi cair (sebab acuan panas) dan boleh tuang adunan tepung.

3. Kemudian bakar pada suhu 200 darjah C selama 45 - 60 minit dan resipi diatas dapat menghasilkan 7 keping kuih bakar pecah 8.

Nota PENTING:
Jika anda menggunakan loyang sila tambahkan 1/4 cawan tepung kepada resipi diatas, jika tidak kuih agak terlalu lembut untuk dipotong. Kalau guna acuan kuih bakar pecah 8 boleh gunakan resipi seperti diatas.Jika menggunakan loyang, selepas selesai bakar, hendaklah sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum keluarkannya dari loyang. Kalau guna acuan kuih bakar, selepas bakar boleh terus keluarkan kuih dari acuan.Untuk Kuih Bakar tahan lama, masak air sehingga mendidih dan masukkan kelapa parut. Bila menggunakan santan yang telah dimasak, kuih bakar lebih tahan lama, tidak cepat bertali, ini petua dari bonda.

Isi durian digantikan untuk menghasilkan Kuih Bakar seperti berikut:-

Untuk Kuih Bakar Nangka:
Gantikan isi durian dengan 1 ulas isi nangka (besar) atau 2 ulas isi nangka (kecil). Blender isi nangka bersama adunan tepung dan kacau sebati. Selepas tuang adunan tepung atasnya boleh hias dengan hirisan nangka dan dibakar.

Untuk Kuih Bakar Cempedak:
Gunakan 3 ulas isi cempedak dan blender bersama adunan tepung dan kacau sebati. Isi cempedak tidak boleh terlalu banyak nanti bila sudah dibakar, kuih terlalu lembut untuk dikeluarkan dari acuan/ loyang.

Untuk Kuih Bakar Pisang:
Gunakan 1 biji pisang emas dan blender bersama adunan tepung dan kacau sebati. Selepas tuang adunan tepung atasnya boleh dihias dengan pisang yang telah dipotong bulat dan dibakar.

Untuk Kuih Bakar Keledek:
Gunakan 1 batang keledek oren (sederhana besar), kupas kulitnya dan rebus sehingga empuk. Kemudian blender bersama adunan tepung dan kacau sebati. Sedia untuk dibakar. Ini dia Kuih Bakar Keledek yang telah dibakar.

Untuk Kuih Bakar Jagung:
Campurkan 3/4 tin jagung krim kedalam adunan tepung. Jika anda mahu blender jagung tersebut pun boleh

KEK COKLAT KUKUS

Sumber: Zaiima

Bahan A
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/mentega cair
1 cawan gula castor
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan C
3 biji telur

Cara-caranya
Semua bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan sebentar sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan bahan ini.Pukul bahan C hingga kembang. Masukkan ke dalam bahan A. Kaup balik hingga bahan C bercampur serata dengan bahan A.Tepung gandum + soda + serbuk penaik dicampur dan diayak. Kemudian sedikit demi sedikit masukkan ke dalam adunan coklat tadi sambil dikaupbalikkan hingga serata.Tutup bekas kek dengan aluminium foil - untuk mengelakkan air dari menitik ke atas permukaan kek. Kukus selama 1 jam @ sehingga kek masak

TOPPING COKLAT
Sumber: Kak NoorMasri

Bahan-bahan:
250 g coklat masakan } potong kecil2
1 sudu besar majerin
130 ml double cream atau whipping creamsket
gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional

Cara membuat
Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli

Sunday, November 30, 2008

KEK MARBLE BLACKMORE

Sumber: Sis Blackmore
Bahan A
250gm butter
1 tsp serbuk vanilla
30gm susu tepong
Bahan-bahan dijadikan satu dan dipukul ngan K-beater sampai adunan sebati dan butter berkilat. Kemudian asingkan dalam bekas yang lain.
Bahan B
160gm gula kastor
7 biji kuning telor
6 biji putih telor
1 sudu makan ovalette
Masukkan Bahan B dalam bekas yang lain dan dipukul dengan kelajuan tinggi sampai adunan kembang, dalam 15 – 20 minit.
Bahan C
200gm tepong naik sendiri + 1/2 tsp baking powder - diayak
200gm tepong optima (yang nie tak payah diayak)
3 sudu makan susu cair
Selepas Bahan B kembang, pelankan kelajuan mesin pemukul dan masukkan susu cair. Masukkan tepung-tepong, dipukul sebentar saja hingga sebati dan hentikan mesin.
Masukkan Bahan A dan kacau hingga rata dan sebati menggunakan senduk kayu. Selepas itu bahagikan pada dua bahagian. Satu bahagian campurkan serbuk koko. Kalau nak letak perasa tambahan pun boleh.
Bagi 3 bahagian, kemudian campurkan perasa strawberi, nanti bila dah siap ada 3 warna.Loyang pembakar disapu ngan sedikit butter dan alas ngan kertas pembakar. Oven set kepanasan 190 darjah C.
Gunakan loyang pembakar 11” x 11” dan bakar selama 45 minit – 1 jam. Selepas satu jam, bila hendak keluarkan kek dan lihat dibahagian tengah kek macam “bergoyang-goyang” jangan angkat dulu, boleh bakar lagi selama 20 – 30 minit. Sebab lain oven lain suhunya. Ini selalu berlaku bila menggunakan loyang pembakar yang kecil dari 11”. Nak pastikan kek dah betul-betul masak, cucuk dengan lidi pengguji dan bila ia keluar kering dan bersih, kek pun dah masak.

APAM INDON

Sumber: Sis Blackmore

Bahan-bahannya
5 biji telor1 sudu teh ovalette
1/2 sudu teh essen vanilla
300gm tepong gandum
300gm gula castor
250ml santan (daripada 1 kotak santan)
1/2 sudu teh baking powder
sedikit garam
3 pewarna

Cara-caranya
Sediakan kukusan, balutkan penutup dengan kain agar air kukusan tak menitik di atas apam
Sediakan loyang, alaskan loyang dengan kertas kek. Loyang tak perlu disapu ngan butter sekadar alas dengan kertas kek.

Masukkan telur dan ovalette ke dalam mixer dan pukul ngan kelajuan tinggi sehingga ianya kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan essen vanilla, tepong dan baking powder disatukan dan diayak di dalam measuring jug. Masukkan santan 1 kotak dan tambahkan air hingga ukuran menjadi 250ml, masukkan garam dan kacau rata.

Perlahankan sedikit kelajuan mixer, masukkan tepong sedikit demi sedikit di selang selikan dengan santan dan teruskan mixing hingga adonan sebati. Bagikan kepada 3 bahagian, diwarnakan dengan kuning, hijau dan merah. Ratakan adonan pertama dalam loyang, kukus selama 10 minits. Di buka tutup loyang untuk memastikan samada sudah masak, baru masukan adunan kedua, ratakan dan kukus for selama 10 minit, ulang hingga kelapis ke 3.

Untuk lapisan terakhir, kukus selama 25-30 minits, api perlahankan. Apam ini dihidangkan bersama kelapa parut.

KEK GULA HANGUS

Sumber : Kak Halimah

Bahan untuk gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega*

Gula digoreng dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas(Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali. Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

Bahan untuk kek
4 biji telor
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya
Pukul telor sampai kembang & pekat. Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata. Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.Tuang kan esen vanilla. Last kekali, masukkan gula hangus tadi.Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.

Dibakar selama 1jam suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas dan bawah.

-----------STEP BY STEP KEK GULA HANGUS/KEK SARANG SEMUT

Cara masak gula hangus
Step 1 – masakkan gula hingga cair
Step 2 – gula dah mulai mencair dan berubah colour, bolehlah masukkan air panas skit demi skit
Step 3 – masukkan butter dan tunggu hingga kesemuanya cair dan ketepikan seketika.

Cara mengadun bahan adunan
Step 4 - Pukul telur hingga kembang
Step 5 – Masukkan susu pekat dan pukul sebati
Step 6 – Curahkan dlm blender dan pressssss sekejap
Step 7 – Masukkan tepung skit demi skit dan presssssssss, biarkan selama 3 jam.
Step 8 – Bila dah 3 jam, colour adunan berubah, mungkin tindakbalas gula hangus tadi kot
Step 9 – Tuangkan adunan dalam loyang yang sesuai dan kacau supaya tepung tak mendap dan bolehlah dibakar selama 1 jam dengan api bawah…lagi 5’ nak masak guna api atas saje…

Maklang guna loyang 5x5 sbb loyang kecik lagi akder…jadi kek tak baper tinggi.Bila dah masak, kek memang tak nampak gelap colournya tapi dan betul2 sejuk kita akan dapati kek berubah menjadi coklat kehitaman. (Maklang terangkan skit gambar ni ye sbb kenkawan dapat melihat rongga kek tersebut).Dipotong secara menegak, beginilah rupanya.

Thursday, November 27, 2008

KEK MARBLE

Bahan-bahannya
250 g mentega
130 g gula halus
3 camb susu pekat
1 camb ovalette
3 biji kuning telur Gred A
230 g tepung naik sendiri
1 camt vanila
1-2 camt chocolate emulco
3 biji putih telur Gred A

Peraturan
Pukul mentega, gula dan susu hingga kembang dan ringan. Masukkan ovalette, pukul lagi kelajuan maksima selama 5 minit. Masukkan sebiji demi sebiji kuning telur, putar rata. Akhir sekali, bubuh tepung dan vanila. Kacau rata. Pukul putih telur hingga kental, kaupbalikkan ke dalam adunan tadi. Bahagikan 2, masukkan emulco ke dalam satu bahagian. Sudukan secara berselangseli ke dalam tin 20 cm yang dialas kertas kalis minyak dan dilengser marjerin. Bakar pada 190 C selama 40-45 minit atau hingga masak.

BISKUT NESTUM

Bahan-bahannya
200 g tepung gandum }
50 g tepung kastad } ayak
1 camt serbuk penaik }
100 g Nestum
250 g menetga/marjerin
100 g gula kastor
1 camt vanila
1 biji telur
1 camb susu segar

Peraturan
Campur bahan ayak dengan Nestum. Pukul mentega, gula dan vanila hingga sebati. Masukkan telur dan susu, pukul rata. Adunkan dengan campuran Nestum tadi, uli menjadi doh. Canai setebal 6 mm dan terap atau potong ikut suka. Atur atas tin pembakar. Bakar pada 180 C selama 15-20 min atau hingga masak. Boleh hiaskan dengan coklat cair, ceri atau lain-lain.

KEREPEK BAYAM

Sumber : Norzailina Nordin

Secukup daun bayam yang besar dibersih dan dikeringkan
80 g tepung beras
20 g tepung gandum
20 g tepung jagung
secubit garam
secubit serbuk kunyit
secubit lada putih serbuk
1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
1/4 sudu kecil jintan manis serbuk
200-220 ml minyak untuk mengoreng

Satukan semua bahan kering di mangkuk, masukkan air sedikit hingga sebati.
Panaskan minyak. celupkan daun bayam satu persatu dan deepfry. Goreng hingga garing dan toskan minyaknya.

KUIH GUNTING

Sumber : Norzailina Nordin

1. 500 g tepung gandum
2. 1 cawan udang kering - direndam dan cincang halus
3. 1 biji telur
4. 2 sudu kecil jintan putih (cummin)
5. 2 sudu makan serbuk kari
6. 1/2 cawan bawang goreng di tumbuk halus
7. 3 tangkai dau kari - dihiris halus
8. 3 sudu kecil gula dan garam

Secukup air untuk menguli adunan
125 g margarine - dicairkan untuk mengoreng

Peraturan
Satukan adunan 1-8. Tuangkan margarine cair and adun rata. Masukkan secukup air dan uli hingga adunan lembut. Adunan di bahagi beberapa bahagian. Giling adunan setebal 2cm dan hiris tipis. Boleh juga digunting halus (gunting disapukan tepung supaya tidak melekat). Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

TERONG GARAM ASAM

Sumber : Tania Aris

Bahan-bahannya
5 batang terong (potong 1/4) di goreng sebentar dan diketepikan
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar
3 sudu makan udang kering
5 bili lada merah
3 biji bawang putih
5 biji bawang kecil
4 biji buah keras
2 hirisan lengkuas
1 sudu makan belacan

Cara
Panas kuali dengan sedikit minyak, tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan garam, gula dan perasa (jika suka). Masak hingga naik minyak dan tuangkan keatas terung yang digoreng tadi atau dimasukkan terung kedalamnya.

CHOCOLATE ICE-CREAM STRAWBERRY MARBLE CAKE


Sumber : Tania Aris

Ingredients
250 gm butter (melted) *
230 gm castor sugar
9 egg yolk
7 egg whte
1 tablespoon sponge gel or Ovalett (cake stabilizer)
1/2 teaspoon baking powder
20 gm Strasberries Ice Cream Powder
230 gm Top Flour (sifted)
1 teaspoon Vanilla essence
1 teaspoon Strawberry Emulco *
1 tablespoon Cocoa Powder (Sifted) *
1 tablespoon Chocolate paste or Emulco *
10 gm ice cubes

METHODS (ALL IN 1 METHODS)
1. Add all above except * in a mixing bowl and beat at slow speed and follow by high speed till fluffy.

2. Add melted butter and mix well using wooden spatula.

3. Divide into 3 parts:
1 plain
1 with strawberry emulco and pink colour
1 with cocoa power and choc emulco

4. Preheat Oven at 180Deg. Prepare 9 X 9 X 3 baking tray greased all over and lay a baking paper at the base.

5. Pour the batter in the centre of the tray, with 1 scoop plain, followed by chocolate and strawberry repeat till finish.

6. Bake for about 45mins to 1 hour.

Wednesday, November 26, 2008

BISKUT SUJI ASLI

Sumber : Roslinah Md. Amin

Bahan
450gm tepung gandum
230gm gula halus
230gm minyak sapi Lela
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil bicarbonate of soda
1/2 sudu kecil vanilla powder
1/2 sudu kecil emplex
1 sudu kecil garam

Peraturan
Pukul minyak sapi dengan gula kemudian uli semuabahan rata dan bentukkan bulat2. Bakar 160deg

BISKUT SUJI BAI

Sumber : Roslinah Md. Amin

Bahan
500gm tepung gandum
250 gula icing
300 gm minyak sapi Lela
200 gm badam kisar
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh bicarbonate of soda
1/2 sudue teh garam
3 sudu makan susu pekat

PeraturanUli tepung seperti biasa. Adunan diperap semalaman sebelumdibentuk bulat2. Bakar ketuhar 160deg.

CREAM PUFF


Sumber :

Bahan-bahan:

170gm tepung gandum
1 sudu kecil baking power
115 gm mentega
285 ml air
5 biji telur

Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk. Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil. Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak. Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan(jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dgn krim kastad.

Krim Kastad
3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:
Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.

Nota: Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.

KUIH PUTERI SALAT

Sumber : Kak Delima

Bahan-bahannya
600gm beras pulut
Cara-caranya
1. Beras pulut dibersihkan dan direndam selama 1 jam.
2. Toskan berasnya dan letak didalam loyang bulat 11 inci dan masukkan santan, air dan garam.
3. Santan dan air hendaklah sama parasnya dengan pulut, jika hendak lebihkan santan sikit sahaja supaya pulutnya tidak lembik bila dikukus.
4. Kukus sehingga ia masak, keluarkan loyang dari kukusan dan ditekan-tekan supaya pulut itu mampat.
5. Boleh ditekan dengan anak batu lesung yang dibungkus plastik dan ratakan.
Bahan untuk Serikaya
6 biji telur
1 1/2 cawan santan
1 cawan air ) dikisar dan ditapis
5-6 helai daun pandan )
2 1/2 sudu makan penuh tepung gandum
250 gram gula
sedikit garam
Cara-caranya
1. Kesemua bahan serikaya dimasukkan kedalam blender dan diblend sehingga sebati.
2. Masakkan sebentar diatas api yang sederhana sehingga adunan melekat sedikit di belakang
senduk kayu dan cuba angkat. Adunan itu akan menunjukkan ia pekat sedikit.
3. Tuang diatas pulut yang telah dikukus tadi dan kukus sehingga ia masak. Sejukkan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.

KUIH KASWI

Sumber: Sis Blackmore
Rating: 5 Stars (Mesti Cuba.... sedap giler !!!)

Bahan-bahannya
1 cawan gula
1 ketul besar gula melaka
5 cawan air
1 1/2 cawan tepong gandum
1/2 cawan tepong kanji
1/2 cawan tepong beras
3 sudu makan air kapur
1 sudu makan coklat paste (to give u that perfect brown color)
daun pandan
loyang yang disapukan ngan sedikit minyak makan

Cara-caranya
Gunakan 2 cawan air untuk memasak gula melaka dan gula pasir bersama daun pandan. Masak hingga gula larut kemudian tapis dan ketepikan. Masukkan 3 cawan air tadi agar mixture lekas sejuk.

Bila sejuk masukkan tepong2 dan kacau rata, masukkan air kapur, chocolate paste dan kacau rata. Kemudian tapiskan adonan, kalau ada ketulan2 tepong ditapis dan ditanakkan sebentar dengan api perlahan selama 5 minit, adunan mesti dikacau selalu. Masukan dalam loyang dan kukus for 45 minits. Setelah ianya masak, permukaan kuih selalunya lembab sedikit jika panas,.ambil kertas kitchen roll dan keringkan di permukaan kuih nie Biarkan sejuk sebelom memotongnya menggunakan pisau plastic.

Jika mengunakan acuan yang kecil2, sapukan acuan dengan minyak dan kukusan acuan sebentar sebelum dituang adunan dan kukuslah selama 10 minit. Kelapa parut digaul dengan sedikit garam dan kukus, hidangkan bersama kuih kaswi.

BISKUT CHEESE STRAW

Bahan-Bahan
400 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
250 gm mentega
250 gm keju cheddar (diparut)
1 biji telur (kocok sedikit)
secubit garam
sedikit lada putih serbuk

Peraturan:
Campurkan kedua-dua tepung bersama garam dan lada putih. Masukkan mentega dgn kaedah "rub-in- method", serta keju parut. Kemudian, gaul semua bahan rata-rata dan masukkan telur. Uli sehingga menjadi doh yg lembut.Canai adunan doh dan terap menggunakan bentuk yg anda suka. Sapukan sedikit kuning telur dan bakar selama kira-kira 15-20 minit dgn suhu 160-170 darjah Celsius atau sehingga biskutnya kekuningan.

KEK LAPIS PRUNE (ZAITON)

Resipi 1
Sumber : Abang Rozzan

Bahan-bahannya:
10 biji kuning telur
2½ biji putih telur
5½ oz gula halus
8 oz mentega
75 gm tepung Hong Kong }
½ sudu teh baking powder} ayak bersama
280 gm buah prune -digunting2 atau dileperkan
½ sudu besar ovalette
1 sudu teh vanilla
Peraturan:
1) Pukul mentega dan vanilla sehingga kembang..... Bahan (A).
2) Pukul telur, tepung, baking powder, gula dan ovalette dgn high speed hingga pekat (kira2 sepuluh minit)..... Bahan (B)
3) Satukan Bahan (A) dan (B). Kacau rata-rata. Bakarlah selapis selapis dgn menggunakan api 'grill' (api atas jer) sehingga selesai.
4) Pada setiap lapisan genap, (kedua, keempat, keenam,...) taburkan dgn buah prune yg telah digunting-gunting tadi.
**********

Resipi 2
Sumber : Resipi Diana

Bahan-bahannya
250 g mentega
80 ml susu pekat
15 biji kuning telur
4 biji putih telur
120 g gula kastor
1 camb Quick 75/ ovalette
90 g tepung gandum
150 g prun tanpa biji, dihiris nipis
sedikit pewarna hijau

Cara-caranya
1. Pukul mentega dan susu hingga putih, ketepikan.

2. Putar kuning dan putih telur selama 3 min, masukkan gula dan Quick 75/ ovalette, putar hingga kembang dan pekat.

3. Bubuh tepung berselangseli dengan campuran mentega. Kacau sebati. Asingkan 1/3 adunan, campurkan dengan pewarna hijau.

4. Alas loyang persegi 20 cm dengan kertas kuih dan sapukan sedikit mentega. Ratakan adunan biasa, biar nipis. Bakar dengan api atas dan bawah pada suhu 180 C, selama 4-5 min.

5. Cucuk permukaan kek dan tekan dengan sesuatu yg leper. Ratakan adunan biasa lagi dan susun prun memanjang. Gril keperangan.

6. Ikuti dengan adunan hijau, biasa, kemudian biasa dan prun. Ulangi proses melapis hingga habis. Supaya kek lapis tahan lama, bakar seperti membakar kek biasa, pada suhu 190 C selama 15 min agar ia benar-benar masak.

KEK LAPIS COFFEE PRINCESS

Sumber : Resipi Diana

Bahan A
20 biji kuning telur (disejukkan)
4 biji putih telur (disejukkan)
50 gram air sejuk
150 gram tepung gandum
250 gm gula castor
1 sudu makan ovallete
1 sudu teh baking powder

Bahan B
250 gm mentega (cair) - masukkan didalam plastic dan dicelupkan dalam air panas.
1 sudu makan susu pekat
1 sudu makan coffee oil
1 sudu teh garam
pewarna merah

Cara-caranya
1. Pukul telur, air sejuk, gula dan ovalette sehingga kembang. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak dan gaul rata menggunakan spatula.

2. Dalam bekas yang berasingan, pukul kesemua bahan B sehingga sebati.

3. Masukkan adunan B kedalam adunan A dan kacau sehingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu diwarnakan merah dan satu dibiarkan warna asal.

4. Lapis 2 warna asal diikuti dengan 1 lapis warna merah. Melapis jangan terlalu tipis agak-agak 2 senduk nasi untuk 1 lapis. Bakar menggunakan grill (api atas) dan pada lapisan terakhir gunakan api atas dan bawah.

KEK LAPIS TIKAR

Sumber : Resipi Diana

Bahan-bahannya
500 gram mentega
75 gram susu pekat manis
27 biji kuning telur
2 biji putih telur
275 gram gula kaster
60 gram tepung gandum
15 gram tepung susu
1 sudu makan ovalette
½ sudu teh baking powder

Bahan untuk Lapis Coklat
1 sudu makan pes coklat
10 gram serbuk koko
50 gram mentega, dipukul sehingga lembut

Cara-caranya
1. Pukul mentega sehingga lembut dan kembang, masukkan susu pekat manis dan kacau rata. Ketepikan.

2. Pukul telur, gula kaster dan ovalette sehingga kembang. Masukkan tepung gandum, tepung susu dan baking powder yang telah diayak dan gaul menggunakan spatula.

3. Tuang adunan telur kedalam adunan mentega dan dikacau rata hingga sebati dengan spatula.

4. Bahagikan adunan menjadi 2. Satu bahagian di campurkan dengan pes coklat, serbuk koko dan 50 gram mentega yang telah dipukul dan gaul rata.

5. Siapkan 2 loyang berukuran 12x 22x 4 cm yang telah disapu dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas kuih. Pada loyang pertama dimulakan dengan adunan kuning, kemudian dilapis adunan coklat, lapis kuning dan seterusnya. Sementara loyang kedua, dimulai dengan adunan coklat, kuning, coklat seterusnya. Setiap lapisa beratnya 100 gram. Buat 7 lapis pada kedua-dua loyang. Bakar tiap lapis dalam ketuhar selama 6 minit pada suhu 150 darjah C dengan api atas. Pada lapisan terakhir selesai dibakar 6 minit, bakar lagi 10 minit menggunakan api bawah.

6. Sejukkan dan keluarkan kek dari kedua-dua loyang. Pada tiap kek potong memanjang ½ cm sebanyak 14 potong. Susun berselang-seli antara kek di loyang pertama (coklat-kuning-coklat) dan kek di loyang kedua (kuning-coklat-kuning). Ketepikan.

7. Ulangi resipi membuat kek lapis tanpa campuran pes coklat, serbuk koko dan 50 gram mentega. Bakar kek menggunakan loyang berukuran 20x 20 x 8 cm yang telah disapu mentega dan dialas dengan kertas kuih.

8. Sendukkan 100 gram pada setiap lapis pada suhu 150 darjah dengan api atas selama 6 minit atau hingga keemasan. Keluarkan dan ratakan dengan spatula atau acuan leper sambil menekan kek dan sapukan dengan sedikit mentega. Ulangi process untuk 7 lapis.

9. Keluarkan kek dari ketuhar pada lapis ke-7 ratakan permukaan kek dan sapukan dengan sedikit susu pekat manis (jangan terlalu banyak) dan kemudian susun kek lapis tikar yang telah disediakan tadi. Susun secantik mungkin dalam loyang dan dipadatkan (jangan terlalu tekan).

10. Kemudian sapukan atas kek lapis tikar dengan sedikit susu manis dan bakar dalam ketuhar untuk 1 minit dan kemudian ulangi lebihan adunan tepung untuk 7 lapis terakhir. Pada lapisan terakhir setelah dibakar 6 minit, bakar lagi 10 minit menggunakan api bawah.

11. Sejukkan kek sebelum dikeluarkan dan dipotong untuk dihidangkan.

KEK LAPIS LENGIT SPECIAL

Sumber : Resipi Diana

Bahan-bahannya
175 gram tepung gandum
625 gram mentega
425 gram gula
25 biji kuning telur
6 biji putih telur
2 sudu makan rempah kek lapis
2 sudu makan ovalette
½ tin kecil susu pekat manis

Cara-caranya
1. Pukul mentega sehingga lembut dan kembang, masukkan susu pekat manis dan rempah kek lapis, pukul rata dan ketepikan.

2. Pukul telur, gula pasir dan ovalette sehingga kembang dan putih. Masukkan tepung gandum yang telah diayak dan gaul menggunakan spatula sehingga rata dan sebati.

3. Masukkan adunan mentega sedikit demi sedikit dan gaul perlahan-lahan sehingga rata dan sebati.

4. Tuang sedikit adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan dialas dasarnya dengan kertas kuih. Bakar dengan menggunakan fungsi grill sehingga keemasan.

5. Keluarkan kek dan tekan dengan spatula atau acuan leper untuk kek lapis perlahan-lahan. Sapukan sedikit mentega pada atas kek dan ulangi melapis sehingga habis.

6. Pada lapisan terakhir, gunakan api bawah selama 25 minit pada suhu 160 darjah .

TIPS: Pukul mentega sehingga betul-betul lembut. Cara mencampurkan adunan adalah adunan mentega dimasukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan telur dan bukan sebaliknya (telur dimasukkan ke mentega). Untuk hasil yang sedap, kek lapis harus menggunakan mentega dan bukan marjerin. Dasar loyang pembakar kek haruslah ditutup dengan kertas kuih tepat ukurkannya. Jangan ada kertas lebihan ditepi loyang hasil tepi kek akan jadi kurang menarik.

KEK LAPIS LENGIT (VERSI 2)

Sumber : Resipi Diana

Bahan-bahannya
30 biji kuning telur
3 putih telur, dipukul hingga kembang, putih dan kaku
300 gram gula halus
110 gram tepung gandum
600 gram mentega, dipukul hingga kembang dan putih
150 gram susu pekat manis
2 sudu makan rempah kek lapis
2 sudu makan ovalette

Cara-caranya
1. Pukul kuning telur, gula halus dan ovalette hingga kembang dan kaku. Masukkan susu pekat manis dan dipukul hingga rata. Masukkan adunan putih telur dan gaul sebati menggunakan spatula. Masukkan tepung gandum yang telah diayak dan rempah kek lapis ke dalam adunan telur dan digaul rata menggunakan spatula.

2. Pukul mentega sehingga lembut dan tuangkan kedalam adunan tepung dan gaul perlahan menggunakan spatula hingga sebati.

3. Tuangkan adunan pada loyang ukuran 20cm yang telah disapukan dengan mentega dan dialas dasarnya dengan kertas kuih. Bakar dalam ketuhar menggunakan api bawah sehingga berwarna coklat.

4. Tekan atas kek dan ulangi process melapis dan gunakan api atas (api bawah dimatikan) hingga habis.

KEK LAPIS LENGIT

Sumber : Resipi Diana

Bahan-bahannya
30 biji kuning telur
600 gram mentega, dipukul hingga kembang
100 gram tepung gandum
300 gram gula pasir
3 sudu makan susu pekat manis
1 sudu makan rempah kek lapis
1 sudu makan ovalette
½ sudu teh vanilla

Cara-caranya
1. Pukul kuning telur, gula, vanilla, susu pekat dan ovalette sehingga kembang dan naik. Masukkan rempah kek lapis dan tepung, gaul menggunakan spatula dan akhir sekali masukkan mentega yang telah dipukul dan gaul hingga sebati.

2. Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah C atau pun boleh juga menggunakan fungsi grill panaskan sehingga 3.5 untuk kek lapis. Gunakan loyang 20 x 20 x 8 cm. Sapukan mentega pada loyang dan dasarnya dialas dengan kertas kuih.

3. Masukkan 3 – 4 sudu makan adunan dan ratakan, panggang selama 5 minit. Setelah kuning, gunakan spatula atau acuan leper untuk menekan kek dan kemudian sapukan sedikit mentega pada atas kek jangan terlalu banyak (kalau banyak takut kek terlalu basah).

4. Sendukkan lagi adunan tepung dan bakar sehingga habis. Setelah kek habis dibakar, sediakan kertas kuih untuk mengalas kek yang sudah dibakar. Terbalikkan loyang diatas kertas roti dan kek yang telah disejukkan boleh dipotong dan siap untuk dihidang.

KEK LAPIS - TIPS MEMBUAT

Sumber : Resipi Diana

Tips untuk membuat Kek Lapis

1) Jangan terlalu digaul adunan tepung kerana ini akan membuat adunan tepung mendap dan tidak kembang.

2) Pandailah mengawal api kerana kek lapis cepat masak, sekiranya ditinggalkan kesian hangus kek itu tidak cantik jadinya.

3) Perlukan kesabaran bila membuat kek lapis, gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Kalau gagal cuba lagi, kali permulaan Diana cuba membakar Kek Lapis sebanyak 2 kali gagal dan kali ketiga alhamdullilah kek cantik dibakar.

4) Jangan sapu terlalu banyak mentega diantara satu lapis dan lapis yang lain ini membuat kek lembab dan benyek. Cukup hanya sapu sekadar untuk kek tidak terlalu kering.

5) Ikut peraturan di resipi dan timbang bahan-bahan dengan teliti.

6) Pukul adunan telur dan gula sehingga betul-betul kembang. Nak tahu macam mana dia kembang, angkat adunan senduk dan ia tidak mudah jatuh, kalau masih cair dan jatuh pukul lagi sehingga kembang. Ini paling penting, kalau adunan cair kek akan jadi tidak lawa dan juga kurang sedap.

7) Gunakan daya imaginasi dan creativiti bila membuat kek lapis yang banyak bentuk dan warna. Bila kita sabar dan menggunakan daya creativiti insyallah kek akan menjadi lawa dan sedap dimakan.

8) Selesai membakar, biarkan kek betul-betul sejuk dalam loyang sebelum mengeluarkannya untuk dihidang.

KEK LAPIS CEMPEDAK / DURIAN / KEJU

Sumber: Resipi Diana

Bahan A
500 g mentega lembut
1 sudu makan esen vanilla

Bahan B
14 biji kuning telur
6 biji telur
275 g gula halus
2 sudu makan ovalette

Bahan C
100 g tepung gandum atau tepung Hong Kong, diayak
1/2 sudu teh baking powder

Bahan D (bahan ini dikacau rata)
500 g cempedak
1/4 tin susu pekat

Cara-caranya
Pukul Bahan A selama 3 minit.
Pukul Bahan B selama 5 - 7 minit sehingga kembang.
Masukkan Bahan A kedalam Bahan B dan kacau rata.
Masukkan pula C dan kacau lagi sehingga rata.
Bakar dengan menggunakan grill, selapis selapis. Setiap lapis kek sebanyak 2 senduk adunan tepung. Bakar selama 2 - 3 minit. Lapis lagi berselang-seli dengan 2 sudu makan cempedak iaitu bahan D. Jika hendak lebih lazat lebihkan cempedaknya.

Panduan Kuihnya dilapis, selapis adunan tepung dan selapis adunan cempedak. Apabila dilapis dengan cempedak, hendaklah dibakar sehingga cempedak kering, baru dilapis dengan adunan tepung lagi. Jika tidak kek akan jadi terlalu basah dan jadinya tak lawa dan juga tak sedap. Setelah habis adunannya dilapis, keluarkan keknya dan sejukkan baru diterbalikkan diatas rak kek. Jangan buka oven setelah lapisan terakhir. Ini akan merenggangkan lapisan keknya.

Nota: Untuk mendapatkan KEK LAPIS DURIAN, gantikan isi cempedak kepada isi durian...Untuk mendapatkan KEK LAPIS KEJU, gantikan cempedak/ durian kepada parutan keju... Cara membakarnya ada lain sedikit... selepas ratakan adunan taburkan keju dan bakar...

KEK LAPIS KOPI KEJU

Sumber : Resipi Diana

Bahan-bahannya
10 biji kuning telur
75 gram gula pasir
30 gram tepung terigu
20 gram tepung susu
75 gram mentega, dicairkan
50 gram keju cheddar, diparut

Bahan untuk lapis Kopi
15 biji kuning telur
125 gram gula halus
¼ sudu teh baking powder
25 gram tepung jagung
25 gram tepung susu
250 gram mentega
25 gram susu pekat manis
1 sudu teh ovalette
paste kopi
susu pekat manis/ jam strawberry untuk sapu

Cara untuk membuat lapis keju
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan tepung gandum dan tepung susu yang telah diayak dan gaul menggunakan spatula sehingga sebati.

2. Masukkan mentega yang telah dicairkan dan kacau perlahan. Masukkan parutan keju cheddar dan gaul hingga sebati.

3. Tuangkan adunan ke dalam loyang persegi 22 cm x 4 cm yang telah disapukan dengan mentega dan dialaskan dengan kertas roti dan bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah C sehingga masak.

Cara untuk membuat lapis kopi
1. Pukul mentega sehingga lembut dan masukkan susu pekat manis dan pes kopi dan pukul hingga rata. Ketepikan.

2. Pukul telur, gula halus dan ovalette sehingga kembang. Masukkan tepung jagung, teung susu dan baking powder yang telah diayak dan gaul rata menggunakan spatula. Tuang ke dalam aduanan mentega dan gaul rata.

3. Tuang 125 gram adunan ke dalam loyang 22 x 22 x 4 cm yang telah disapukan denga mentega dan dialas dasarnya dengan kertas kuih. Gunakan api atas dengan suhu 150 darjah C dan bakar untuk 6 minit. Buat selapis demi selapis sehingga adunan habis. Pada lapisan terakhir bakar menggunakan api atas selama 6 minit, kemudian bakar lagi selama 10 minit dengan api bawah.

4. Bila kek sudah sejuk keluarkan kedua-dua kek dan potong mendatan menjadi 2 bahagian. Ambil lapisan kopi dan sapu dengan susu pekat manis atau jam strawberry dan tutup dengan 1 bahagian kek keju. Sapukan lagi dengan susu manis/ jem strawberry dan tutup lagi dengan kek keju dan akhir dengan lapis kopi.

5. Biarkan kek sebati dan melekat selama 2 jam sebelum dipotong untuk dihidang.

BISKUT SUJI BADAM


Sumber: Kak Intan

Bahan
1 kg tepong gandum
350 gm badam, dikisar
400 gm gula halus ( gula tepong)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate soda
Secubit garam
Minyak makan secukup nya

Peraturan
1. Masukkan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali minyak. Gaul rata.
2. Masukkan minyak sedikit sedikit hingga menjadi satu dough yg boleh diterap.
3. Bakar dalam oven pada suhu 170’C sehingga biskut masak.

KEK GULUNG NUTELLA

Sumber : Resipi Diana
(Dah Cuba ... Sedap !!!)

Bahan-bahannya
25g air sejuk ( dari peti ais)
60g tepung jagung
185g gula caster
100g tepung gandum
30g ovelette
1 sudu teh baking powder
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
100g mentega cair
1 botol Nutella
Peraturan
Acuan untuk kek gulung 8X8 atau 10x10in (Alaskan loyang dengan kertas kek. Sapukan sekililingnya dengan mentega dan taburkan sedikit tepung)

Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan Nutella. Pukul dengan high speed sehingga menjadi putih dan gebu. Masukkan mentega cair dan dipukul lagi sehingga kembang. Bahagi ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut kegemaran anda. Masukkan adunan ini kedalam piping bag berasingan dan picitkan adunan ini keatas loyang . Berjalur-jalur mengikut susunan warna yang anda minati. Ratakan.

Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 160 darjah. Ketuhar hendak lah di panaskan dahulu sekurang-kurangnya 30minit sebelum digunakan. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sehingga ia sejuk. Keluarkan dari acuan dan buangkan kertas nya lalu sapukan permukaannya dengan Nutella sehingga rata. Kemudian gulung dengan cermat. Bungkus dengan kertas kek atau plastic wrap. Simpan didalam peti sejuk.Apabila hendak dihidangkan, keluarkan dan dipotong bulat-bulat.

Tuesday, November 25, 2008

BELEBAT UBI

Sumber: Abang Rozzan
(Dah cuba .. sedap sekali !!!)

Bahan
600 gm ubi kayu parut
120 gm kelapa parut (putih)- boleh bubuh lebih sikit kalau suka.
100 gm gula melaka
220 ml air
100 gm gula pasir
½ sudu teh garam (atau secukup rasa)
secukup daun pisang utk membungkus kuih

Peraturan:
1) Masak gula melaka bersama air hingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
2) Ubi diperah kanjinya dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan kelapa parut, gula pasir, air gula melaka tadi, santan pekat dan garam. Kacau rata-rata.
3) Ambil sekeping daun pisang yg telah dilayukan dan bubuh kira-kria 2-3 sudu besar adunan. Lipat seperti biasa dan buatlah sehingga selesai semua adunan.
4) Kukus belebat ubi ini selama kira-kira 30 minit.

SAMBAL GORENG PENGANTIN

(Sumber dari : Kak Puti Mazurah)

Bahan goreng
1 kg daging (rebus, potong dadu dan goreng)
1 kg hati (potong dadu dan goreng dengan daun pandan)
1 kg udang (buang kepala dan goreng)
cili merah hidup (hiris melintang tipis-tipis dan goreng)
bawang goreng

Bahan dikisar
1 1/2 inci halia
1 1/2 inci lengkuas
2-3 batang serai
3-4 biji bawang putih
cili kering
Santan pekat - 1 mangkok sederhana
sedikit air asam
sedikit belacan (digaul dengan air asam)

Peraturan
Tumis cili kering sampai gareng, baru masukkan bahankisar yang lain. Goreng sampai gareng, masukkansantan, biar pekat sikit, masukkan air asam. Tarukgaram, gula dan ajinomoto. Sudah pekat sikit masukkanbahan yang telah di goreng, kacau sampai rata. Jangantunggu sampai kering sangat, agak lembab-lembab bolehangkat. Lepas tu hiaslah dengan cili, carrot yang diukir, tomato dan timun.

Thursday, November 20, 2008

LIMPA GORENG

Bahan2 nya
Secukup Limpa (direbus dan dipotong)
Kerisek
Santan pekat (optional)
Minyak menumis
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar
Bawang merah & bawang putih
Halia, Kunyit hidup, Lengkuas,Serai
Ketumbar, jintan halus & kasar
Cili kering

Peraturan:

Tumis semua bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan limpa yang telah di potong tadi. Tuangkan air sedikit (supaya rempah sebati bersama limpa). Kemudian masukkan santan pekat (jika suka), air asam @ asam keping dan vubuh kerisik, garam & serbuk perasa. Biarkan hingga kering. Angkat dan hidangkan.

HONEY JOYS

Ingredients:
100G butter (use Golden Churn brand )
¼ cup castor sugar
1 tablespoon honey
4 cups(120g) cornflakes (use NESTLE brand)

Method:
Mix butter, sugar & honey in pan over slow heat until sugar is dissolved.Remove from heat.Pour cornflakes into a large bowl and add the honey mixture.Stir gently to combine.Mix well.Spoon mixture into paper cases.Bake in moderate oven (about 125o C) about 10 minutes or golden brown.

PINEAPPLE TART (ROLL)

300 gm plain flour
200 gm butter
50 gm milk powder
50 gm sugar powder
3 egg yoks
1 egg white
½ tsp salt
½ tsp vanilla

Method

Beat the egg yolk and egg white together with the sugar powder add in all the flour, salt and vanilla and mixed it to form a dough.

BISKUT SUGEE

Sumber: Kak Faridah
Bahan-bahannya
250 gm Ghee (QBB brand)
200 gm gula castor
550 gm tepung gandum
50 gm tepung semolina (disangar)
30 gm gajus kisar
1 sudu kecil bicarbonate of soda
1 sudu kecil garam

Peraturan
Masukkan semua bahan dan uli dan bentukkan seperti bola-bola kecil. Bakar selama 30 minits dengan suhu 180Deg. Boleh ditabur gula tepung diatasnya jika suka.